Tuesday, February 22, 2011

BERHABUK SUDAHHH......





 Iye...memang salah saya....saya tak sengaja....kehidupan baru saya agak sibuk...sehingga memaksa saya meninggalkan dunia blog buat seketika...last entry saya pada bulan Disember 2010...sekarang dah penghujung bulan Feb 2011..saya akui saya sudah lama tidak menulis...sepanjang ketiadaan saya di dunia blog ini..bermacam perkara yang berlaku ke atas saya serta kehidupan baru saya...menjadikan blog saya berhabuk sudah....hehehe




rezeki datang dengan berbagai2 bentuk serta rupa bukan?..Alhamdulillah,pada 27 Disember 2011 saya telah disahkan hamil 5minggu...Syukur Alhamdulillah ke atas rezeki yang diberikan kepada Allah ini kepada kami...InsyaAllah kalau ada rezeki,ini merupakan cucu sulong untuk keluarga en.suami...dan cucu yang kelima untuk keluarga saya...sejak disahkan mengandung saya sangat2 bersyukur kerana tidak mengalami simptom serta alahan ibu mengandung yang lebih dikenali "morning sickness"...malah selera makan saya sangat naik mendadak...terjaga dari tidur pada pukul 3-4 pagi kerana berasa sangat lapar adalah perkara biasa bagi saya sejak mengandung....dan doctor yang merawat saya mengatakan saya boleh beranak ramai kerana tak mengalami "morning sickness"....adakah seperti family di bawah ini???






                                                                tidaklah ku sanggup.....


 part happy2 sudah...now part tak best pulak....pada 24 Januari 2011 saya telah pergi ke klinik kesihatan untuk buka buku merah(buku rekod untuk ibu mengandung)...first time datang memang terpinga2...datang sorang2 sebab en.suami jauh di rompin...rupanya nak buka buku merah memerlukan salinan ic suami dan sijil nikah..memandangkan saya tiada salinan sijil ic suami dan dia jauh di sana,maka saya cuma lampirkan sijil nikah..itu pun yang salinan punya kerana yang asli masih di proses di pejabat agama...(kami yang pantas menambah umat atau pejabat agama yang lambat menyiapkan sijil tersebut??)..hehe..kemudian seperti biasa check air kencing,timbang berat,ukur tinggi,amek darah...tiba la masa untuk nurse memeriksa size tinggi rahim...iya saya akui sebelum ini saya memang sedikit buncit...tapi sejak disahkan mengandung perut saya kelihatan sangat besar..tidak padan dengan usia baby...dan ini telah menimbulkan kemusykilan di hati nurse yang memeriksa saya...saya bernasib baik kerana kebetulan pada hari tersebut puan doctor ada di klinik tersebut..(di klinik kesihatan sini bukan setiap hari ada doctor yang bertugas ya...hanya pada hari2 tertentu sahaja)..setelah ditekan2 rahim serta perut saya,nurse buat keputusan untuk rujuk kes saya kepada puan doctor...tunggu lebih kurang setengah jam tiba giliran saya untuk berjumpa puan doctor..setelah discan masih tak boleh kesan lagi,lalu puan doctor menyuruh saya mengeluarkan urine sebanyak yang mungkin agar pundi kencing saya kosong..saya pun keluar dari bilik doctor,menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan menunggu lagi setengah jam untuk dipanggil masuk semula...apabila dipanggil masuk dan scan kali kedua baru la jelas kelihatan bonjolan di ovari saya..iya.....ovarian cyst saya telah disahkan oleh puan doctor...cyst yang bersaiz 7cm kelihatan sangat besar di monitor tersebut...lebih besar dari baby saya...saya sangat sedih...Maka temujanji dengan doctor pakar di hospital telah ditetapkan pada 28 Mac 2011..

Tetapi kami (saya,en.suami,serta keluarga kedua2 belah pihak) telah memutuskan untuk rujuk kes ini kepada doctor lain..bukan kerana hendak mempertikaikan puan doctor terbabit,cuma mahukan 2nd opinion..lalu kami telah membuat temujanji dengan doctor Noraini dari Hospital Pakar Puteri,Johor pada 28 Januari 2011..again ..rasa sedih sangat dihati bila cyst terbabit memang hidup subur di ovari kiri saya..kali ini membesar menjadi 8cm X 5cm..dan saya dicadangkan agar melakukan pembedahan pembuangan cyst terbabit  jika ia terus membesar...memandangkan pada ketika itu umur baby baru 9weeks,maka kami terpaksa menunggu dia membesar sedikit..waktu yang sesuai untuk melakukan pembedahan ialah ketika baby berumur 14-20weeks...kalau kurang atau lebih dari tempoh tersebut dikhuatiri baby akan gugur..so pada 28 Februari ini saya akan scan lagi sekali dan lihat perubahan cyst tersebut..sama ada semakin besar atau kecut..doakan keselamatan kami...aminnnn...

 bagi yang kurang jelas apa itu ovarian cyst